Cara Alternatif Merawat Gastrik D.I.Y

Perkongsian DIY : Aromaterapi untuk kurangkan Gastritis (gastrik)


Bulan Ramadhan telah tiba dan hari ini merupakan hari ke-6 kita menyambutnya bagi seluruh umat islam sama ada di Malaysia atau seantero dunia. Namun, dalam menjalankan ibadah puasa ada juga dikalangan kita terutama sekali bagi penghidap gastrik ianya merupakan satu cabaran yang amat kuat. Tuntutan berpuasa perlu dipenuhi dalam tempoh masa yang diberikan sepanjang Ramadhan. Jika tidak, kita terpaksa mengganti puasa di kemudian hari sebelum menjelang ramadhan yang berikutnya.

Gastrik bukanlah suatu hal yang disengajakan. Ia sering terjadi apabila perut mulai kosong atau lambat diisi. Maka, pada hari-hari biasa, adalah tidak sukar untuk kita mengawal kesihatan diri bagi mengurangkan komplikasi gastrik.

Tetapi, jika di bulan puasa, kita perlu membuat perancangan yang teliti supaya masalah gastrik tidak menjadi terlalu serius dan boleh dikawal.


Gastrik atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Apakah tanda-tanda penyakit gastrik?

• sakit di bahagian ulu hati
• perut kembung
• sendawa yang kerap
• loya dan muntah
• muntah darah atau najis bewarna hitam

Selain menjaga pemakanan ketika berpuasa kita juga boleh menggunakan altenatif lain sekiranya diserang gastrik seperti mengambil supplement atau cara yang lebih mudah dan selamat dengan menggunakan minyak pati (essential oil).

Ada banyak minyak pati untuk membantu dalam mengurangkan pedih ulu hati atau kepedihan perut, perut kembung, kurangkan keasidan, kejang dan sebagainya.

Contoh minyak pati yang boleh digunakan ialah Peppermint, Ginger, Chammomile, Basil, Clove, Eucalyptus, Thyme, Fennel, Lavender dan minyak pati Citrus.


REMEDI CAMPURAN MINYAK PATI UNTUK GASTRIK
Clove – bersifat antispasmodic dan karminatif dan dianggap sebagai penahan sakit semulajadi
Peppermint - bersifat karminatif/digestive
Lavender - bersifat analgesik dan antispasmodik

Mari kita berikan yg terbaik buat diri kita agar gastrik bukan lagi satu masalah utk kita menjalankan Rukun Islam yang ketiga ini. InshaAllah. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini adalah yang terindah buat kita dan mari sama-sama kita berusaha untuk mengatasi masalah gastrik ini agar ia tidak menjadi asbab untuk kita meninggalkan puasa kita. Buktikan! Kita juga hebat seperti umat yang lain!

Copy and paste info dari HQ Gritz Aromatherapy

#tekanshare
#GritzAromatherapyHQ
#RitaOmar
#SifuEO


Comments

  1. Berminat untuk tahu tentang Gritz Aromatherapy boleh hubungi saya Farah stokis Gritz Aromatherapy 0164150509. Tq.

    ReplyDelete

Post a Comment