Hiduan dan Sapuan Dengan Minyak Pati


Sedut² Minyak Pati (Essential Oil)

Penyerapan Melalui Sistem Limbik

Molekul² minyak pati (aromaterapi) mampu meransang sistem limbik iaitu pusat kawalan emosi otak yang berfungsi untuk mengawal emosi, perilaku, perasaan, denyutan jantung, tekanan darah, tahap stress, keseimbangan hormon dan juga memori manusia.

Apabila dihidu, molekul minyak pati sampai di paru², melalui dinding pundi udara (alveoli) ke dalam kapilari darah. Kemudian ia akan dikeluarkan daripada badan melalui peluh, kulit, air kencing, najis atau pernafasan bersama² dengan karbon dioksida.


Sapu² Minyak Pati (Essential Oil) 

Penyerapan Melalui Kulit

Minyak pati mudah diserap ke dalam badan apabila diaplikasikan kepada kulit. Molekul² akan melalui folikel rambut, kelenjar peluh, dan melalui lapisan luar ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam. Lalu masuk ke dalam aloran darah atau limfa dan cecair tisu seterusnya keseluruh tubuh untuk memberikan kesan penyembuhan.

-nota bagaimana aromaterapi berfungsi
by Puan Rita Omar certified aromatherapist UK

Comments