Daftar SSM Di MITC Melaka

Alhamdulillah..

Saya dapat daftar SSM hujung 2017 baru² ini. Push factor nya sebab saya ada nak buka booth dekat kawasan masjid MITC, masjid Al-Alami.

Warga Melaka Tengah yang nak berdaftar SSM boleh lah daftar di MITC, Melaka. Serius tak ramai orang lansung. Taktahu lah time saya pergi tak ramai orang ke macam mana kan. Hihi. Bangunan SSM ni lain building dengan MITC tapi dalam kawasan yang sama.



Mula² saya sampai petang jam 4.30, tapi kaunter dah tutup time tu. Dapat ambil borang sahaja. Penat lah jugak dengan anak² lagi. Tapi dah terlewat nak buat macam mana kan. Jadi sempat ambil borang dan isi sahaja siap² ikut direction yang SSM dah tampal contoh cara untuk isi form.


Untuk kita yang baru nak berbisnes belum ada syarikat² besar hanya berdaftar enterprise dan harga adalah untuk setahun RM70.60. Seingat saya tahun 2014 dulu daftar RM60 sahaja,  takde pon sen² ni.
Boleh juga ada pilihan untuk daftar dua tahun dapat diskaun jimat RM10.

Selain isi borang hanya perlu bawa IC sahaja. Dan kita diberi tiga pilihan nama untuk difikirkan sebab mungkin nama yang kita nak daftar tu dah ada orang guna dulu. Hihi.


Comments